Anestesiologi ialah bidang perubatan yang dikhaskan untuk pengelolaan anestetik untuk mencegah atau mengawal kesakitan semasa dan selepas prosedur pembedahan.

Pakar bius, doktor yang terlatih dalam bidang bius dan perubatan pra-operasi, memastikan bahawa pengelolaan bius dijalankan dengan cara yang selamat dan terjamin. Hal ini termasuk penilaian sebelum operasi, perundingan dengan pasukan pembedahan dan membuat perancangan anestesia yang sesuai  bagi setiap pesakit yang berbeza, penyediaan kawalan kesakitan dan pengurusan pesakit pasca-operasi yang betul.

Pakar bius adalah doktor perubatan terlatih yang pakar dalam mengurus dan mengelola anestesia. Kerja mereka termasuklah sebelum dan selepas pembedahan dari segi penjagaan pesakit sebelum dan selepas pembedahan. Semasa pembedahan, pakar bius memantau tanda-tanda vital pesakit seperti degupan jantung, tekanan darah dan suhu badan, dan tanda-tanda vital yang lain. Selepas pembedahan, pakar bius akan mengawasi pemulihan pesakit dan mengawal kesakitan mereka apabila pesakit sedar.