Perubatan dalaman menawarkan program pencegahan dan rawatan penyakit yang meluas dan terperinci. Pakar dalam bidang ini menyediakan pelbagai penjagaan jangka panjang dan komprehensif serta menguruskan kedua-dua penyakit biasa dan kompleks untuk semua orang daripada golongan muda kepada golongan berumur. Ini merangkumi pemeriksaan kesihatan dan saringan yang sesuai bagi penyakit spesifik seperti hipertensi, tumor malignan, jangkitan dan penyakit yang menjejaskan jantung, darah, buah pinggang, sendi dan sistem penghadaman, sistem pernafasan dan vaskular.
Doktor bertauliah kami di Hospital UTAR adalah berpengalaman dan berkemahiran dalam menjalankan berbagai prosedur bagi mendiagnosis dan merawat masalah berkaitan sistem badan yang berlainan.
Yakinlah bahawa anda akan dijaga dengan baik oleh doktor kami yang terlatih untuk memastikan anda menerima kualiti penjagaan yang terkini dan hasil yang terbaik.
Doktor perubatan dalaman menyediakan rawatan bagi penyakit-penyakit berikut:
  • Diabetes melitus
  • Tekanan darah tinggi
  • Kolesterol tinggi
  • Jangkitan sinus
  • Alergi / Alahan