Perubatan Tradisional Cina (TCM)

Perubatan Tradisional Cina (TCM) merupakan sistem penjagaan kesihatan yang diamalkan di China selama beribu-ribu tahun. Rawatan TCM dijalankan melalui pemerhatian keadaan dan kesihatan pesakit secara menyeluruh, dengan tujuan mengembalikan kesihatan tubuh secara holistik. Hal ini kerana kesihatan tubuh sangat penting untuk mental yang sihat dan kesejahteraan emosi.

Konsep asas TCM ialah kuasa penting dalam kehidupan yang dipanggil Qi. Qi yang seimbang sangat penting untuk  kesihatan yang baik. Ketidakstabilan Qi dalam tubuh boleh memudaratkan diri. Oleh itu, rawatan TCM membantu memulihkan keseimbangan ini melalui rawatan yang sesuai, bergantung kepada diagnos pengamal TCM.

Rawatan TCM termasuklah akupuntur, moksibusi (proses membakar daun herba di atas / berdekatan tubuh), bekam (penggunaan gelas kaca yang dipanaskan untuk menghasilkan daya sedutan di bahagian tubuh yang tertentu, tuina (urutan), penawar herba, dan senaman pergerakan dan fokus (seperti tai chi). 

TCM telah diamalkan sebagai penawar pelbagai penyakit seperti selesema, masalah penghadaman, , radang, penyelarasan kitaran haid, meningkatkan kualiti tidur, pengendalian stres dan sakit kulit.

TCM juga melibatkan preskripsi perubatan herba Cina yang diatur oleh pengamal TCM yang bertauliah. Keunikan TCM ialah formula bagi herba-herba tersebut berbeza mengikut keperluan pesakit selepas didiagnos.

Untuk konsultasi dengan pengamal TCM kami, sila buat temujanji di sini: https://utarhospital.org.my/language/bm/pendaftaran-perkhidmatan-tcm/

Waktu Operasi Pusat T&CM:

Isnin – Jumaat: 8.30am – 5.30pm
Sabtu: 8.30am – 1.00pm
Ahad & Cuti Umum: Tutup
 
Rehat Tengahari: 12.30pm – 1.30pm
Perubatan Dalaman Tradisional Cina
Akupunktur & Moksibusi
Tuina
Gua Sha
Bekam
Perkhidmatan Kaunseling
Perubatan Dermatologi Tradisional Cina (Akan Datang)
Perubatan Tradisional Cina (Rehabilitasi)
Perubatan Tradisional Cina (Telinga, Hidung & Tekak (ENT)) (Akan Datang)
Perubatan Ayurveda (Akan Datang)
Perubatan Tradisional Melayu (Akan Datang)
Perubatan Pediatrik Tradisional Cina (Akan Datang)
Perubatan Sakit Puan Tradisional Cina
Perubatan Onkologi Tradisional Cina (Akan Datang)